Home Sukan MSS SABAH TIGA KALI BERTURUT-TURUT JUARA OLAHRAGA MSSM

MSS SABAH TIGA KALI BERTURUT-TURUT JUARA OLAHRAGA MSSM

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah yang mengumpul 25 pingat emas, 13 perak dan 13 gangsa muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-66 di Stadium Darul Makmur.

Naib juara berpihak pada MSS Johor dengan 13 pingat emas, 21 perak dan 10 gangsa.

Tempat ketiga MSS Selangor yang meraih 10 emas, 12 perak dan tujuh gangsa. Tuan rumah MSS Pahang hanya berpuas hati berada ditangga kesembilan dengan mengumpul 5 emas, 1 perak dan 6 gangsa.

Bagi atlet MSS Sabah, Nur Alferra Nissa Nordye, dia amat berbangga apabila berjaya membantu kontinjen MSS Sabah untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM kali ini yang merupakan penyertaan terakhir buat dirinya.

Menurutnya, kemuncak kejayaan pada kejohanan kali ini apabila dia menyumbang pingat emas dalam acara 4x100m (meter) bersama Siti Norjahera Beliamor, Hetty Diyana Reny dan Welrina Wewin Welter.

Katanya, penyertaan kali kedua MSSM mencetuskan kejayaan yang begitu membanggakan buat dirinya apabila meraih pingat emas yang akan menjadi hadiah berharga kali terakhir penyertaan kejohanan olahraga diperingkat sekolah.

“Usaha tanpa putus asa, semangat berpasukan, latihan berterusan dan anugerah Allah menjadi faktor utama kemenangan yang begitu bermakna buat mereka dan kontinjen MSS Sabah. Lebih manis dapat membantu MSS Sabah muncul juara.

“Kehebatan kontinjen MSS Sabah terbukti kali ini apabila berjaya mempertahankan kejuaran pada 2025 dan 2024, tiga tahun berturut-turut kami muncul Kejohanan Olahraga MSSM,” katanya.

Atlet jarak jauh MSS Pahang,Shaikh Ahmad Fahmi Shaikh Ahamad Fauzi yang meraih tiga pingat emas dalam acara 800m, 1,500m dan 2,000 lari berhalangan dinobat sebagai olahragawan kejohanan dan atlet MSS Sabah, Ayrish Qisya Shahrul Alyandy yang mendapat dua pingat emas muncul olahragawati.

Sebanyak 22 rekod baharu dicipta sepanjang kejohanan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here