Home Buletin Semasa REMAJA 15 TAHUN HILANG DI KAJANG, POLIS MOHON BANTUAN ORANG RAMAI

REMAJA 15 TAHUN HILANG DI KAJANG, POLIS MOHON BANTUAN ORANG RAMAI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KAJANG: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Nur Emalin Natasha Mat Nasir pada kira-kira jam 12.43 tengah malam, 4 September lalu.

“Berdasarkan maklumat, remaja berkenaan dipercayai hilang pada 27 Ogos 2026 kira-kira jam 5 petang, dengan lokasi terakhirnya dilaporkan di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah, Kajang.

“Nur Emalin Natasha mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat 65 kilogram, berbadan berisi, berambut lurus panjang dan berkulit kuning langsat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amiruddin Abdul Hamid di talian 013-230 4156.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here