Home Luar Negara WARGA AFGHANISTAN BANTU AS DIBEBANI RASA TAKUT, KECEWA

WARGA AFGHANISTAN BANTU AS DIBEBANI RASA TAKUT, KECEWA

177
0

NEW YORK: Seorang peguam dari firma undang-undang Jenner & Block yang berpangkalan di Chicago, Debbie berman berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab dan memikirkan cara memperbaikinya kerana mereka adalah orang yang membantu mereka.

Memetik laporan Xinhua, berman mewakili warga Afghanistan yang masih cuba untuk lari dari negara yang kini dikuasai kerajaan taliban.

Lebih 88,500 warga Afghanistan yang bekerja dengan tentera as sebagai penterjemah dan dalam kapasiti lain sejak 2001 tiba di AS dengan pesawat tentera sejak penarikan as di negara bergolak itu, menurut jabatan keselamatan dalam negeri AS

Kebanyakan diterima masuk di bawah program dikenali sebagai parol kemanusiaan yang memberikan mereka beberapa status undang-undang, termasuk keupayaan untuk bekerja.

Menurut laporan itu, bagaimanapun, ramai lagi yang tertinggal dan ada berhijrah ke as sendiri, menuntut janji perlindungan dari as.

Ia adalah janji yang dirasakan ramai telah dimungkiri.

Akta penyesuaian Afghanistan, undang-undang yang dicadangkan untuk menyelaraskan proses imigresen telah terhenti di kongres, menurut laporan itu.

Sehingga akhir april, hanya kira-kira 8,100 permohonan suaka atau visa khas untuk warga Afghanistan yang diambil bekerja oleh kerajaan AS diluluskan, menurut keselamatan dalam negeri. 

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here