Home Hiburan PELAKON VETERAN CIK MAN MENINGGAL DUNIA

PELAKON VETERAN CIK MAN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man, 68, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat masalah jantung tersumbat, pada jam 5.15 petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian Allahyarham Cik Man disahkan anak bongsunya, Fakhrol Aliff.

Fakhrol memberitahu dia pulang ke rumah seketika sebelum dihubungi kakak sulung yang memaklumkan bapa mereka sudah pergi.

“Saya pulang ke rumah sekejap untuk bersihkan diri dan kira-kira jam 5.15 petang, kakak hubungi meminta segera datang ke hospital kerana abah sudah tidak ada,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, semalam. 

Fakhrol berkata, bapanya mengadu sakit perut beberapa hari lalu, lantas membawa arwah mendapatkan rawatan di hospital semalam, sebelum ditidurkan.

“Abah tak pernah sakit teruk sebelum ini. Tetapi dua tahun lalu, arwah pernah alami serangan jantung. Tetapi, selepas itu keadaannya baik-baik sahaja. Cuma, arwah selalu mengadu sakit perut seperti gastrik.

“Keadaannya semakin teruk semalam apabila dia mengadu sakit perut hingga ke belakang, macam angin. Kami ajak abah ke hospital tapi pada mulanya arwah enggan.

“Namun, disebabkan sudah tidak tahan sangat, semalam, kami bawa abah dapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Jenazah Allahyarham Cik Man dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan, pada jam 11 pagi.

Kamarool mula mencipta populariti menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986. Selepas itu dia dikenali dengan panggilan Cik Man kerana wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here