Home Hiburan ZAKI YAMANI NAFI HUBUNGAN TIDAK MESRA DENGAN HUSSAIN

ZAKI YAMANI NAFI HUBUNGAN TIDAK MESRA DENGAN HUSSAIN

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani, 20, menjelaskan hubungan dengan sepupunya, Hussain Jamilul Hayat, 23, berada dalam keadaan baik kerana mereka bersaudara.

Memetik laporan Harian Metro, terdahulu, hubungan Zaki dan Hussain mencetus tanda tanya terutama di media sosial berikutan tular video memaparkan Zaki seakan kurang selesa ketika mereka bertemu.

“Saya dan Hussain sebenarnya, kami okay. Malah, saya akan ‘support’ dia sebagai saudara dengan saudara sahajalah. Saya tidak hebohkan sebab benda itu (personal) dan saya pun rapat dengan adiknya, Syakir.

“Masing-masing punya rezeki. Walaupun saya tidak tunjuk (hubungan baik) tetapi saya boleh sahaja ‘text’ (kirim mesej) pada Hussain, dan tak silap juga, dia pun ada nombor (telefon) saya.

“Boleh sahaja saya hubungi dia, tetapi semua itu di belakang tabir. Bagi saya, kami bersaudara dan apa yang saya buat untuk Hussain biar di belakang tabir sahaja dan saya tidak akan ‘expose’,” katanya.

Zaki berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Tiket Sehala lakonannya, di sini, malam tadi.

Ditanya persoalan segelintir netizen di Threads yang mendakwa Zaki juga tidak bersalaman dengan bapa saudaranya, Jamilul Hayat, katanya, orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar.

“Sebenarnya benda itu sangat salah. Ketika program televisyen disiarkan itu tengah rehat, pak cik Hayat keluar dan saya mengikutinya dari belakang. Saya ada salam dia dan tanya, “Pak Hayat sudah makan?”

“Saya memang ada salam dia (Jamilul Hayat). Hubungan saya dengan mereka, okay sahaja. Tak ada macam yang dispekulasikan netizen, saya seorang yang bersikap ‘low profile’, cukup di belakang tabir sahaja,” tegasnya.

Ditanya rasa kesalnya dengan dakwaan segelintir netizen, Zaki yang juga anak kedua Datuk Jamal Abdillah berkata, dia memahami ada warga maya sekadar melihat secara luaran dan membuat penilaian.

“Masing-masing sudah ditetapkan rezeki sendiri oleh Allah dan dia sentiasa bersyukur dengan apa sudah dinikmatinya,” katanya mengulas kejayaan Hussain mencetus fenomena.

Sementara itu, mengulas filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali, Zaki berkata, ia adalah percubaan pertamanya bergelar pelakon atas dasar minat selain menyanyi kerana dia juga seorang yang suka berangan-angan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here