GUANDONG: Seorang penghuni blok kediaman di selatan China menghubungi polis selepas mengesyaki bau busuk mayat di bangunan berkenaan, namun sebenarnya ia berpunca kerana tindakan jiran yang memasak dengan menggunakan cuka busuk tradisional Guangdong.
Memetik South China Morning Post, wanita dikenali sebagai Chen dari wilayah Guangdong memuat naik hantaran pada 14 Julai lalu, mengenai kejadian apabila seseorang menghubungi polis untuk memeriksa rumahnya selepas mengesyaki berlaku kematian di unit berhampiran.
“Jiran saya menyangka saya sedang memasak mayat,” tulis Chen sambil menggunakan tanda pagar ‘kuasa cuka busuk’ dalam hantaran berkenaan.
Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Chen sebenarnya sedang menyediakan sup yang mengandungi cuka busuk, iaitu bahan tradisional Guangdong yang dipercayai mempunyai sejarah selama 2,000 tahun.
Cuka itu secara langsung diterjemahkan sebagai ‘cuka kentut busuk’ dan turut dikenali sebagai cuka panjang umur, manakala menurut legenda ia tercipta selepas seorang lelaki miskin menyimpan nasi goreng di dalam balang untuk ibunya yang sakit.
Cuka itu secara langsung diterjemahkan sebagai ‘cuka kentut busuk’ dan turut dikenali sebagai cuka panjang umur, manakala menurut legenda ia tercipta selepas seorang lelaki miskin menyimpan nasi goreng di dalam balang untuk ibunya yang sakit.
Apabila balang itu dipenuhi air hujan – ketika lelaki berkenaan tinggal di rumah usang tanpa bumbung sempurna – nasi di dalamnya mengalami penapaian dan menghasilkan bau busuk, sebelum dia memasaknya dan mendapati ibunya pulih selepas beberapa hari.
Penduduk kemudian percaya ‘air busuk’ itu mempunyai khasiat penyembuhan sehingga lelaki itu membuka kedai cuka busuk dan mengajar cara penghasilannya kepada masyarakat.
Kini, cuka busuk diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara di beberapa kawasan Guangdong, termasuk daerah Huadu di Guangzhou dan daerah Fogang.
Difahamkan, cuka itu turut digelar ‘durian cecair’ kerana mempunyai bau kuat yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang, namun dianggap lazat dari segi rasa.-Agensi, Hmetro Online-
IMedikel TV






