Home Buletin Semasa “SAYA HANYA TERINGAT ANAK, SAYA PANIK.” – MANGSA KEBAKARAN

“SAYA HANYA TERINGAT ANAK, SAYA PANIK.” – MANGSA KEBAKARAN

44
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: ”Saya hanya memikirkan anak sahaja apabila dimaklumkan rumah saya terbakar, saya cari anak saya ingat anak ada di dalam rumah,”demikian luahan seorang ibu Miss San Ma, 43, dari Kampung Cina, apabila rumah yang didiami musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Miss San berkata dia yang ketika itu berada di luar terus bergegas pulang selepas dimaklumkan kejadian itu.

“Saya terus balik sebab teringat anak-anak. Saya panik dan hanya fikirkan mereka. Bila sampai, rumah sudah terbakar dan saya terus cari anak-anak.

”Saya panggil anak-anak dan telefon mereka tetapi tiada yang jawab. Saya terus tanya jiran-jiran sama ada mereka nampak anak saya atau tidak.

“Dalam keadaan itu saya hanya fikirkan keselamatan anak-anak. Saya ingat mereka ada didalam rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dia yang telah menetap di Kampung Cina sejak 15 tahun lalu itu menarik nafas lega selepas dimaklumkan ketiga-tiga anaknya yang berusia 15, 13 dan tujuh tahun berada di sekolah.

”Sebab terlalu panik saya ingat anak-anak berada di rumahnya, rupa-rupanya hari iniadalah hari sekolah.

”Saya berasa lega sebab anak-anak selamat,”katanya.

Dalam kejadian itu, rumah yang baru siap dibaik pulih kira-kira 10 hari lalu musnah dalam kebakaran yang turut membabitkan beberapa rumah lain di kawasan berkenaan.

Miss San Ma berkata, dia dan suami, Nasron Ibrahim, 55, sempat menyelamatkan dokumen penting termasuk surat beranak serta peralatan eletrik iaitu peti sejuk dan televisyen.

Manakala seorang lagi mangsa yang juga adik ipar Miss San, Nazira Ibrahim, 46, berkata dia terkejut dengan kejadian itu yang memusnahkan rumahnya.

”Rumah saya di sebelah rumah kakak ipar. Ketika kejadian saya sedang membeli barang di Kedai Buloh sebelum dimaklumkan tentang kejadian.

”Apabila sampai saya tidak dapat masuk ke kawasan rumah kerana operasi pemadaman sedang dijalankan. Saya hanya mampu melihat dan ketika itu rumah sudah hangus, hanya tinggal cuma tangga,”katanya yang tidak sempat selamatkan barang dalam rumah.

Sementara itu, Komander Operasi, Khairul Ariffin Che Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.34 tengah hari dan terus bergegas ke tempat kejadian.

”Pihak kami melakukan operasi pemadaman api menggunakan pili bomba dan air terbuka Sungai Kelantan. Operasi pemadaman terkawal kira-kira jam 2.46 petang.

”Setakat ini anggaran 15 buah rumah terbakar. Keadaan rumah agak rapat antara satu sama lain dan secara keseluruhan rumah kayu. Disebabkan itu kebakaran sangat mudah merebak dengan pantas.

”Punca siasatan masih belum dikenalpasti, namun pasukan siasatan akan menjalankan siasatan lanjut,”katanya.

Bagaimanapun menurut beliau hampir 10 buah rumah berjaya diselamatkan dalam kebakaran serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi ini membabitkan 38 anggota bomba dan enam Pasukan Bomba Sukarela dari BBP KotaJ embal serta empat jentera bomba, dua tangki air, lima Rapid Intervention Motocycle (RIM) dan satu Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here