Home Buletin Semasa 10 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG CINA

10 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG CINA

51
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 10 unit rumah kediaman jenis separuh kekal musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Cina, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian tersebut.

”Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengah hari sebelum menggerakkan anggota dari BBP Kota Bharu serta BBP Kota Darul Naim ke lokasi.

”Pasukan pertama tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati kebakaran membabitkan 10 buah rumah kediaman jenis separuh kekal,”katanya.

Operasi pemadaman membabitkan 20 anggota bomba dengan bantuan lima jentera iaitu dua Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender(LFRT) dan dua jentera tangki air.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here