Home Luar Negara IBU BUNUH TIGA ANAK PEREMPUAN

IBU BUNUH TIGA ANAK PEREMPUAN

176
0

Hong Kong, CHINA: Wanita ditahan selepas didakwa membunuh tiga anak perempuannya yang masih kecil di sebuah unit pangsapuri di sini, Isnin lalu.

Mirror UK melaporkan, ketiga-tiga kanak-kanak perempuan itu berumur dua, empat dan lima tahun ditemukan tidak sedarkan diri di atas katil sama, apabila pegawai tiba di lokasi.

Polis datang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada wanita itu, yang memberitahu polis bahawa anaknya dibunuh oleh suaminya.

Superintendan Polis Alan Chung berkata, wanita itu dan suaminya berpisah selama kira-kira setahun, namun mereka percaya wanita terbabit melakukan pembunuhan itu.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital.

Kes itu mengejutkan ramai orang di bandar yang mana jenayah berat jarang dilaporkan.

Chung berkata, pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan hubungan wanita itu yang bermasalah dengan suaminya.

Beliau berkata, kemungkinan, wanita itu tidak mahu tiga anak perempuannya dijaga orang lain selepas bercerai.

Menurut Chung, tiada kesan luka ditemukan pada badan mangsa dan tiada objek tajam atau dadah ditemukan di tempat kejadian.

Beliau berkata, bantal berlumuran darah ditemukan dan kemungkinan ia digunakan untuk melemaskan kanak-kanak itu

Sumber memberitahu South China Morning Post (SCMP) bahawa wanita itu mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.

Wanita dan tiga anaknya itu tinggal di sebuah pangsapuri kecil di Sham Shui Po, salah satu daerah termiskin di Hong Kong.

Kes itu mengejutkan kerana wanita itu kelihatan normal apabila polis tiba di pangsapuri dan tiada bukti dia mempunyai konflik dengan anak perempuannya.

Sumber HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here