Home Buletin Semasa 10 USAHAWAN KECIL DUN GAAL TERIMA BANTUAN SKIM BINA USAHAWAN FASA 1

10 USAHAWAN KECIL DUN GAAL TERIMA BANTUAN SKIM BINA USAHAWAN FASA 1

60
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seramai 10 usahawan kecil menerima bantuan wang tunai menerusi Skim Bina Usahawan DUN Gaal Fasa 1 Tahun 2026 sebagai usaha Kerajaan Negeri Kelantan membantu meningkatkan ekonomi serta pendapatan keluarga.

Memetik laporan UPKN, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal, Mohd Rodzi Ja’afar berkata, bantuan membabitkan peruntukan sebanyak RM10,000 itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para penerima untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

“Golongan peniaga dan usahawan kecil memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi setempat di samping membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Skim Bina Usahawan DUN Gaal Fasa 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Gaal, Pejabat Pusat Khidmat DUN Gaal, semalam.

“Gunakan dan manfaatkan sumbangan ini sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Bantuan ini juga sedikit sebanyak mampu meningkatkan semangat kepada peniaga dan usahawan untuk terus berusaha menambahkan pendapatan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rodzi Ja’afar berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan ekonomi rakyat khususnya golongan usahawan kecil yang memerlukan sokongan bagi meneruskan perniagaan.

Menurutnya, bantuan seperti itu diharap mampu menjadi suntikan motivasi kepada penerima untuk terus berdaya saing serta memperkukuhkan sumber pendapatan keluarga.

“Saya berharap semua penerima menggunakan bantuan yang disalurkan secara berhemah demi memastikan perniagaan yang diusahakan terus berkembang pada masa hadapan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here