Home Buletin Semasa PEGAWAI KANAN JSJ SELANGOR MAUT DIPERCAYAI TERJATUH DARI BANGUNAN DI SHAH ALAM

PEGAWAI KANAN JSJ SELANGOR MAUT DIPERCAYAI TERJATUH DARI BANGUNAN DI SHAH ALAM

54
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Selangor mengesahkan kematian seorang pegawai kanan polis lelaki dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam kira-kira 3.07 pagi tadi.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Polis Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa.

“Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here