Home Hiburan BOLEH TAK JADI AYAH SAYA JUGA? – NABILA HUDA

BOLEH TAK JADI AYAH SAYA JUGA? – NABILA HUDA

35
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon Nabila Huda mengakui mudah tersentuh apabila melihat keakraban artis lelaki ‘senior’ bersama anak perempuan mereka yang sering dipaparkan dalam media sosial.

Menerusi perkongsian Threads, Nabila berkata, ada kalanya dia tersenyum sendiri melihat detik penuh kasih sayang antara seorang bapa dan anak perempuan.

Menurut pelakon filem Gayong 2 itu, perhatian kecil seperti pelukan, layanan lembut dan hubungan rapat yang ditonjolkan bapa terhadap anak perempuan cukup menyentuh perasaannya.

“Kadang-kadang apabila buka Instagram (IG) dan lihat betapa manisnya hubungan mereka dengan anak perempuan, kelembutan yang ditunjukkan, tiba-tiba saya pula tersenyum sendiri,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Nabila mengakui pernah terdetik di hati untuk merasai kasih sayang seorang bapa seperti yang dipamerkan individu lain.

“Lucu apabila kadang-kadang melihat orang lain disayangi dengan baik boleh menyentuh sesuatu yang begitu dalam dalam hati kita.

“Sampai terlintas dalam hati, boleh tak jadi ayah saya juga?” luahnya.

Sebelum ini, hubungan Nabila dengan bapanya yang juga legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, dilapor dingin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Nabila dilapor pernah berkongsi mereka tidak bertemu dalam tempoh lama selain mengakui hubungan renggang disebabkan beberapa isu keluarga. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here