Home Buletin Semasa PERTEMBUNGAN DI SELEKOH RAGUT DUA NYAWA

PERTEMBUNGAN DI SELEKOH RAGUT DUA NYAWA

61
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Dua lelaki yang maut dalam kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 88 Jalan
Kota Bharu – Gua Musang berhampiran Kampung Manek Urai, semalam dipercayai bertembung secara berhadapan di tengah tengah garisan berkembar pembahagi jalan di kawasan selekoh.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian yang berlaku pada jam 8.15 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Kembara, Mohd Yusof Mat Yasim, 64 serta penumpang Honda City, Muhamad Irfan Zaidin, 20 meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Perodua Kembara dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang manakala Honda City dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan itu bertembung secara berhadapan di tengah tengah garisan berkembar pembahagi jalan di kawasan selekoh,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) untuk proses bedah siasat.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pihak polis turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya lebih berhati hati ketika memandu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here