Home Hiburan SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH NIKAH HUJUNG TAHUN INI, PERSIAPAN LANCAR

SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH NIKAH HUJUNG TAHUN INI, PERSIAPAN LANCAR

134
0

PUTRAJAYA: “Bukan setakat soal kegembiraan peribadi, tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa,”

Memetik laporan Harian Metro, demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memaklumkan kini menghitung hari untuk bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada akhir tahun ini.

Terdahulu, Syed Saddiq, 34, hadir untuk merasmikan Majlis Anugerah Inspirasi 2026 anjuran PTTI Group Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, di sini, hari ini.

Kata ahli politik itu lagi, proses persiapan majlis perkahwinannya dan Bella kini berjalan lancar dan banyak dibincangkan secara tertutup membabitkan kedua-dua belah keluarga.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan baik seperti yang saya katakan sebelum ini. Saya nak pastikan bahawa Bella dan keluarganya gembira. 

“Bella adalah tunang saya dan untuk itu saya mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Insya-Allah sebelum akhir tahun ini (kahwin).

“Kami pun ada komitmen kerja masing-masing, saya di Parlimen dan kawasan saya di Muar, manakala Bella pun ada urusannya.

“Tetapi di sebalik jadual yang sibuk, kami tetap meneruskan perancangan untuk majlis perkahwinan. Insya-Allah sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui media pada majlis itu.

Mengulas tarikh keramat majlis bahagia itu, Syed Saddiq memilih untuk tidak terburu-buru mendedahkannya, namun berjanji akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

“Majlis tunang dan nikah ini bukan untuk disembunyikan. Bila tiba masanya, jangan risau kami akan kongsi,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, menyentuh soal cabaran mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi, Syed Saddiq menganggap kesibukannya sebagai satu ujian positif untuk belajar menjadi ketua keluarga yang baik pada masa hadapan.

Menurutnya, dia juga sentiasa memberi sokongan penuh sekiranya Bella memilih untuk terus aktif dalam kerjaya seni sebagai penyanyi, pelakon mahupun duta produk.

“Saya rasa apabila kedua-dua kami sibuk bekerja, kadangkala itu satu perkara yang baik kerana dengan komitmen masing-masing, kita masih mencari jalan tengah untuk mendedikasikan masa kepada keluarga.

“Ini juga satu ujian supaya pada masa akan datang, seperti yang saya kongsi, saya mahu menjadi bakal suami yang baik. Jika tunang saya memilih untuk terus berkerjaya sebagai penyanyi, pelakon atau duta jenama, yang pasti jadualnya juga padat, keluarga tetap perlu dijaga.

“Kami perlu berkongsi tanggungjawab, termasuk urusan rumah tangga dan juga membesarkan anak-anak.

“Semua ini adalah perkara yang masih kami pelajari sedikit demi sedikit sepanjang melalui proses menuju perkahwinan ini,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata selamat mengikat pertunangan pada 28 Mac lalu.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here