Home Buletin Semasa GADIS DITIKAM 61 KALI: POLIS RAMPAS SEBILAH PISAU DIPERCAYAI DIGUNAKAN OLEH SUSPEK

GADIS DITIKAM 61 KALI: POLIS RAMPAS SEBILAH PISAU DIPERCAYAI DIGUNAKAN OLEH SUSPEK

90
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis merampas dua buah kereta, satu set pakaian, selipar, empat unit pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes kematian seorang penuntut kolej yang mempunyai 61 kesan tikaman di Ketereh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tangkapan dan rampasan itu dilakukan menerusi serbuan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Murni, di sini, dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.

“Tiga lelaki yang ditahan, termasuk seorang warga emas, berusia antara 19 hingga 66 tahun, manakala seorang wanita warga emas berusia 60 tahun.

“Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita yang ditemui di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam kelmarin mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihak berkuasa berjaya mengenal pasti identitinya melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi berkenaan.

Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama “SYAA”, seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here