Home Buletin Semasa PENERBANGAN IHSAN JBPM BAWA WARGA EMAS ORANG ASLI KE HOSPITAL

PENERBANGAN IHSAN JBPM BAWA WARGA EMAS ORANG ASLI KE HOSPITAL

132
0

Gua Musang, KELANTAN: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini, semalam.

Taran Alig, 70, diiringi anaknya, Ruzita Alang, 43, mengalami demam, batuk dan lelah selama dua hari, selain tidak boleh berjalan dan duduk.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, pesakit bersama pengiring dibawa menaiki Agusta Westland 139 (AW 139) yang berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara jam 10.25 pagi.

“Pesawat berlepas dari Pos Hau pada 12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 12.19 tengah hari sebelum dibawa ke HGM menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi itu membabitkan lima kru diketuai Sharizal Sahari yang mengambil masa dua jam 54 minit.

Sumber HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here