Home Buletin Semasa ADUN MELOR AKAN HADIR KE IPD KOTA BHARU BERI KETERANGAN PETANG INI

ADUN MELOR AKAN HADIR KE IPD KOTA BHARU BERI KETERANGAN PETANG INI

11
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 5 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan memperlekeh tugas polis.

Katanya, beliau dihubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu malam tadi.

“Saya telah maklumkan pada pegawai berkenaan bahawa saya akan hadir ke IPD Kota Bharu, pada hari ini, jam 5 petang,” katanya menerusi Facebook.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan seorang individu lelaki yang memperlekeh tugas anggota polis semasa menjalankan sekatan jalan raya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda PAS Kelantan mendapat kecaman di media sosial susulan kunjungan lokasi mereka adalah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa.

Konvoi yang bermula dari Kota Lama menuju LTSIP Pengkalan Chepa dan Bandar (belakang AEON Mall) itu diketuai oleh Wan Rohimi.

Bagaimanapun konvoi itu tidak memasuki perkarangan LTSIP, namun hanya lalu di hadapan bangunan sebelum menuju ke Pantai Sabak memandangkan pihak berkuasa berada di pintu masuk ke premis terbabit.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here