SHAH ALAM: Penyanyi Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin tampil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, pagi ini, bagi mengikuti prosiding dipercayai berkaitan rumah tangga mereka.
Yusuf atau nama sebenar, Muhammad Yusuf Bahrin, 34, yang mengenakan persalinan hitam, tiba di mahkamah pada jam 8.40 pagi.
Tidak berkongsi perincian kehadiran di mahkamah, Yusuf hanya memohon doa yang baik buatnya.
“Insya-Allah semua okay. Doakan yang baik-baik… Saya okay. Selamat Hari Raya,” katanya ketika dikerumuni wartawan sebaik tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini.
Sementara itu, Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil, 41, tampil berbusana jubah serba hitam hadir bersama pelakon, Datin Paduka Umie Aida pada jam 8.45 pagi.
“Tiada apa-apa saya hendak kongsi. Saya pun tidak tahu mengenai proses hari ini,” katanya sambil mengiyakan kali pertama hadir ke mahkamah, hari ini.
Bagaimanapun, Umie berkata, pihaknya memohon urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan.
“Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya dipermudahkan buat kedua-dua belah pihak,” katanya.
Terdahulu, Zizi dan Yusuf mencuri perhatian apabila dilihat menyambut Hari Raya berasingan. Spekulasi timbul selepas masing-masing memuat naik foto sambutan 1 Syawal dalam media sosial tanpa pasangan di sisi.
Yusuf dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarga ketika meraikan lebaran, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan pengikut mengenai keberadaan isterinya.
Yusuf memuat naik foto dengan kapsyen ringkas, iaitu raya dalam suasana tenang. Pada masa sama, Zizi tampil berkongsi foto sendirian dalam media sosial, tanpa kehadiran Yusuf.
Perkongsian berasingan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, apatah lagi pasangan berkenaan sebelum ini sering dilihat bersama dalam pelbagai acara dan perkongsian dalam media sosial.
Bagaimanapun, baik Zizi atau Yusuf, masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung rumah tangga mereka.
Sebelum ini, rumah tangga Zizi dan Yusuf itu menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Pasangan ini bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia. – BH Online –
IMedikel TV






