Home Hiburan PEMINAT BERTEKA-TEKI LOKASI SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH BERTUNANG

PEMINAT BERTEKA-TEKI LOKASI SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH BERTUNANG

159
0

KUALA LUMPUR: Akaun TikTok (TT) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula menjadi perhatian peminat yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan detik pertunangan Ahli Parlimen Muar itu dengan Bella Astillah yang dijadual, petang ini.

Sesi live yang disiarkan pengendali TT Syed Saddiq pada tengah hari tadi memaparkan suasana majlis yang akan berlangsung, namun, lokasinya dirahsiakan hingga membuatkan peminat tertanya-tanya.

Ada yang meneka nama lokasi itu adalah Restoran Rembayung milik usahawan Khairul Aming (KA), tetapi dinafikan oleh pengendali akaun TT berkenaan.

Lokasi eksklusif ini kekal menjadi rahsia buat masa ini sehingga majlis akan berlangsung dijangka jam 3 petang ini.

Ternyata ramai yang teruja untuk menantikan detik pasangan bergelar BASS ini menempuhi episod ”darah manis’ sebelum bersanding.

Terdahulu, media melaporkan Syed Saddiq serta Bella bakal bertunang pada majlis eksklusif, petang ini.

Syed Saddiq mengesahkan perkara itu melalui hantaran Instagram (IG) yang turut memaparkan video dirinya melamar Bella di Gunung Kinabalu, Sabah.

Pada hantaran video itu, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa klip romantis antara mereka termasuk ketika berjalan di pesisir pantai sambil menyertakan tanda pagar #BellaSyedYes. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here