Home Buletin Semasa AGONG NASIHAT RAKYAT AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA BERIKUTAN CUACA PANAS

AGONG NASIHAT RAKYAT AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA BERIKUTAN CUACA PANAS

143
0

\Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.

Sultan Ibrahim bertitah Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil perhatian serius bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun depan.

“Pada masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka kerana keadaan panas dan berangin boleh mempercepatkan merebaknya api.

“Warga emas serta kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi,” titah Seri Paduka Baginda, pada Khamis.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berperanan penting dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas semasa yang berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran.

Selain itu Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penyelamat termasuk JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta petugas kesihatan yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh cuaca panas ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here