Home Hiburan PENYANYI VIDI ALDIANO DAN PEMUZIK DONNY FATTAH MENINGGAL DUNIA

PENYANYI VIDI ALDIANO DAN PEMUZIK DONNY FATTAH MENINGGAL DUNIA

JAKARTA: Hari duka buat dunia seni Indonesia apabila dua karyawan seni juga penyanyi, Vidi Aldiano dan pemain gitar legenda kumpulan God Bless, Donny Fattah meninggal dunia, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Vidi, 35, atau pemilik nama Oxavia Aldiano sebelum ini dilaporkan berjuang melawan kanser sejak enam tahun lalu.

Menurut sumber keluarga terdekatnya Vidi meninggal dunia kira-kira jam 4.33 petang waktu Indonesia.

Khabar duka itu turut dikongsikan rakan artis, kenalan rapat dan saudara mara antaranya Deddy Corbuzier dan Luna Maya yang menyampaikan salam takziah melalui media sosial kepada seluruh keluarga mereka.

Rata-rata mendoakan kesejahteraan dua ikon seni negara seberang itu dan berterima kasih diatas karya dan kenangan indah diberikan mereka.

Sebelum ini, Vidi juga suami kepada teraju Sore: Istri Dari Masa Depan iaitu Sheila Dara mendedahkan mengenai perubahan kehidupan yang dilalui selepas disahkan menghidap kanser.

Vidi menyifatkan penyakit yang dihidapi sebagai hikmah sekali gus membuat dirinya lebih bersyukur.

Sementara itu, Donny disahkan meninggal dunia di Hospital Fatmawati Jakarta pada usia 77 tahun.

Berita sedih itu turut dikongsikan penerbit muzik, Adib Hidayat di laman X miliknya.

Donny atau pemilik nama Jidon Patta Onda Gagola antara pemuzik dan pencipta lagu terkenal band God Bless dan Gong 2000.

Sepanjang hayatnya dia pernah terbabit dalam pembikinan album penyanyi terkenal terutama genre rock seperti Ikang Fawzi, Nicky Astria dan ramai lagi.

Donny dilaporkan mengidap pelbagai penyakit seperti sarkopenia (penurunan jisim otot), penyumbatan vaskular dan autoimun.

Sekalipun kesihatannya semakin merosot Donny tetap menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang muzik. Dia turut menjadikan pentas konsert sebagai antara bahagian penting dalam hidupnya.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here