Home Buletin Semasa 130 ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ DAN ASNAF DIRAI DALAM RAMADHAN BASKET EXCLUSIVE...

130 ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ DAN ASNAF DIRAI DALAM RAMADHAN BASKET EXCLUSIVE BY NOOR NABILA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai 130 anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan asnaf diraikan dalam majlis berbuka puasa Ramadhan Basket Exclusive, anjuran Noor Nabila Mohd Noor, kakak kepada Neelofa.

Majlis yang berlangsung di The Lomaa itu menyantuni penghuni Rumah Anak Yatim Taman Sabariah, pelajar tahfiz Darul Quwwah Pasir Tumboh serta asnaf dari sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas.

Noor Natasha Noor Amran yang mewakili Noor Nabila berkata, program berkenaan bertujuan meraikan golongan memerlukan dengan hidangan berbuka puasa yang istimewa dan mewah sepanjang Ramadan.

“Untuk majlis ini, kami menghimpunkan pelajar tahfiz dari Darul Quwwah Pasir Tumbuh, asnaf dari Pasir Mas dan Kota Bharu serta anak-anak yatim Taman Sabariah untuk diraikan bersama,” katanya.

Noor Natasha yang juga sepupu Noor Nabila dan Neelofa berkata, majlis tersebut turut diserikan dengan bacaan surah al-Quran oleh pelajar tahfiz sebagai pengisian rohani sebelum berbuka puasa.

Menurut Noor Natasha bagi memenuhi permintaan Noor Nabila untuk menghidangkan pelbagai juadah yang mewah dan menarik kepada mereka yang memerlukan.

“Noor Nabila minta untuk menyediakan juadah yang mewah, sedap dan tanpa had kepada mereka untuk mereka merasa sendiri,”katanya.

Antara hidangan yang disediakan termasuk kambing golek, gulai darat daging, ikan tenggiri masam manis, udang belengas, ayam percik dan ayam pedas, selain pelbagai pencuci mulut seperti kek batik, brownies, Victoria sandwich serta pelabagai jenis air balang.

Bukan itu sahaja, Noor Natasha turut menyerah duit raya kepada kesemua anak yatim, pelajar tahfiz dan asnaf sebagai sumbangan istimewa daripada Noor Nabila bagi menambah kegembiraan mereka.

Noor Natasha berkata inisiatif itu adalah penganjuran kali pertama dan dijangka akan berkembang pada tahun-tahun akan datang dengan lebih ramai tetamu diraikan.

Noor Natasha berharap program ini dapat menceriakan Ramadan anak-anak yang diraikan serta meninggalkan kenangan manis.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here