Home Luar Negara KANADA CETAK AMARAN BAHAYA PADA SETIAP BATANG ROKOK

KANADA CETAK AMARAN BAHAYA PADA SETIAP BATANG ROKOK

156
0

NEW YORK: Jabatan kesihatan kerajaan Kanada, Health Canada, akan mencetak amaran bahaya merokok pada setiap batang rokok, satu langkah yang pertama seumpamanya di dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perokok akan dapat melihat amaran seperti ‘rokok menyebabkan kanser’ dan ‘racun dalam setiap sedutan’ setiap kali mereka menghisap rokok, menurut penyiar Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC).

Amaran lain yang dicetak pada rokok, termasuk ‘rokok merosakkan organ anda’ dan ‘asap tembakau membahayakan kanak-kanak’ apabila mandat Persekutuan dilaksanakan ke atas rokok bersaiz ‘king’ mulai 1 Ogos.

Pengeluar rokok bersaiz biasa mempunyai masa sehingga 31 Julai 2024 untuk mencetak amaran pada rokok, manakala pengeluar cigarillo atau cerut mempunyai masa sehingga 30 April 2025.

Menteri Kesihatan Bersekutu Kanada merangkap Menteri Kesihatan Mental dan Ketagihan, Carolyn Bennett, berkata amaran pada setiap batang rokok berserta ‘imej grafik terkini’ pada bungkusan adalah pendekatan baharu lagi berani dalam menyelamatkan nyawa.

“Penggunaan tembakau menyebabkan 48,000 kematian di Kanada setiap tahun dan kami menjadi negara pertama di dunia yang melabelkan setiap batang rokok dengan mesej amaran kesihatan,” kata Bennett.

Ketua eksekutif Yayasan Jantung dan Strok Kanada, Doug Roth, berkata tembakau kekal sebagai punca utama penyakit dan kematian yang boleh dicegah di Kanada.

“Langkah baharu yang penting ini akan melindungi belia dan membantu perokok untuk berhenti merokok,” katanya.

Seorang peguam antirokok memberitahu CBC, beliau juga mahu melihat pembaharuan pembungkusan itu turut digunakan untuk produk vape.

Berdasarkan tinjauan tembakau, alkohol dan dadah dalam kalangan pelajar Kanada yang diterbitkan baru-baru, remaja di Kanada adalah pengguna vape tertinggi di dunia. 

Sumber BH Online

Sumber BERNAMA-dpa

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here