Home Buletin Semasa KEDUTAAN MALAYSIA DI AMMAN PANTAU SERANGAN KE ATAS IRAN, RAKYAT DIMINTA KEKAL...

KEDUTAAN MALAYSIA DI AMMAN PANTAU SERANGAN KE ATAS IRAN, RAKYAT DIMINTA KEKAL TENANG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

AMMAN: Kedutaan Besar Malaysia di Amman memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa susulan serangan-serangan yang berlaku ke atas Iran.

Dalam satu notis konsular yang dikeluarkan pada Sabtu, pihak kedutaan menasihati seluruh rakyat Malaysia yang berada di Jordan supaya kekal tenang dan sentiasa merujuk kepada sumber sah dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia turut diingatkan agar sentiasa berada di lokasi yang selamat, tidak menghampiri sebarang fasiliti ketenteraan dan menjauhi serpihan objek yang mungkin jatuh.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada pihak kedutaan melalui e-mel di mwamman@kln.gov.my atau talian +962786660220, +962792707888 dan +962785902400.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here