Home Buletin Semasa WARGA EMAS MAUT DIREMPUH KERETA

WARGA EMAS MAUT DIREMPUH KERETA

87
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 2.5, Jalan Pasir Puteh–Telosan berhampiran Kampung Saring, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superitenden Saari Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Persona berusia 29 tahun dalam perjalanan dari arah Telosan menghala ke Pasir Puteh.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal dari arah bertentangan dipercayai telah masuk ke laluan kenderaan berkenaan untuk memasuki simpang di sebelah kiri.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kereta cuba mengelak dan menekan brek, namun pelanggaran tidak dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh, Insp Aliah Syafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here