Home Buletin Semasa MAIK SALUR BIASISWA TENGKU ANIS KEPADA TIGA PELAJAR ORANG ASLI KE SBP

MAIK SALUR BIASISWA TENGKU ANIS KEPADA TIGA PELAJAR ORANG ASLI KE SBP

165
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan akademik, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyalurkan Biasiswa Tengku Anis (BTA) Khas kepada tiga pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Setiausaha MAIK, Muhamad Rasani Ramli berkata, biasiswa itu adalah julung kali diberikan khusus kepada Orang Asli.

“Ini adalah kali pertama pelajar Orang Asli menerima biasiswa ini.

“Sebelum ini biasiswa ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah harian, namun kali ini turut membabitkan pelajar daripada komuniti Orang Asli,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pendaftaran Pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di Pengkalan Chepa, pada Isnin. 

Tiga pelajar Tingkatan Satu tersebut adalah Elfira Nur Zulhaiza Che Emmie dan Muhammad Putra Faizul Ab Ghani dari Kampung Sungai Ruar, Jeli serta Nur Muhammad Al Khawarizmi Rosmi dari Kampung Lalang, Gua Musang masing-masing menerima biasiswa tersebut sebanyak RM450.

Katanya biasiswa di bawah program BTA diberikan sehingga Tingkatan Empat.

“Biasiswa ini diberikan sehingga pelajar terbabit di Tingkatan Empat, namun sekiranya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi (universiti) kita akan berikan bantuan di bawah skim biasiswa lain,”katanya.

Katanya kerjasama strategik itu antara MAIK dan JPN Kelantan dalam usaha memperluas bantuan pendidikan kepada murid asnaf termasuk komuniti Orang Asli.

“Hubungan antara kedua-dua agensi baik sekali gus memudahkan penyelarasan bantuan kepada pelajar yang layak sama ada daripada sekolah di bawah JPN mahupun sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK),”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here