Home Buletin Semasa OP TAHUN BAHARU CINA: JPJ PERIKSA 4,242 BAS, TIGA PEMANDU DIKESAN POSITIF...

OP TAHUN BAHARU CINA: JPJ PERIKSA 4,242 BAS, TIGA PEMANDU DIKESAN POSITIF DADAH

162
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa sebanyak 4,242 bas di depoh dan terminal seluruh negara sejak 8 Januari hingga 16 Februari.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 779 slip pemeriksaan dikeluarkan manakala dua bas disita atas ketidakpatuhan terhadap keperluan dan keselamatan serta perundangan yang ditetapkan.

“Selain itu, JPJ turut melaksanakan operasi penyamaran sebagai penumpang bas sebagai strategi penguatkuasaan bagi memantau tahap pematuhan secara menyeluruh.

“Kita ingin pastikan semua bas beroperasi dengan selamat dan patuh piawaian teknikal serta syarat lesen pengendali terutama ketika musim perayaan yang menyebabkan peningkatan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Op TBC 2026 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, malam tadi.

Jazmanie berkata, dalam operasi itu, pihaknya juga mengesan tiga pemandu bas positif dadah jenis Methampethamine ketika pemeriksaan dilakukan ke atas 381 pemandu.

“Ketiga-tiga mereka gagal ujian saringan air kencing.

“Dua pemandu itu berusia 47 dan 38 tahun dikesan di Seremban, Negeri Sembilan manakala seorang lagi berusia 36 tahun dikesan di Kuantan, Pahang.

“Kita melakukan pemeriksaan saringan ini dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here