Home Sukan PAN-GON LEGA DAPAT KELEBIHAN SATU GOL

PAN-GON LEGA DAPAT KELEBIHAN SATU GOL

108
0

SEREMBAN: Memetik laporan menerusi Berita Harian pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon lega selepas pasukan bimbingannya berjaya mencipta kelebihan hasil kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, walaupun Selangor mampu mendapatkan kelebihan selesa jika beberapa percubaan merbahaya berjaya diterjemahkan dengan jaringan, namun kelebihan satu gol sudah memadai menjelang pertembungan kedua di laman sendiri, Sabtu nanti.

“Pemain memberikan sepenuh komitmen sepanjang tempoh perlawanan dan mencipta banyak peluang, namun ia tidak berjaya diterjemahkan dengan jaringan.

“Tapi, kita akui Negeri Sembilan beraksi sangat baik sekali gus menyukarkan jentera serangan kita untuk mendapatkan gol,” kata Pan-gon selepas perlawanan.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 56 tahun itu berkata, pada peringkat awal beliau mengharapkan jaringan dapat diterjemahkan sebelum berakhir separuh masa pertama, namun ia tidak menjadi meskipun ketika itu memiliki beberapa peluang melakukannya.

Beliau mengakui masih banyak ruang perlu diperbaiki dalam memantapkan lagi prestasi skuad Gergasi Merah dalam memastikan setiap peluang jaringan tidak menjadi sia-sia.

“Ini dapat dilihat menerusi beberapa peluang yang berpotensi menghasilkan gol tetapi gagal diterjemahkan dengan baik oleh pemain.

“Masalah-masalah seperti ini akan diberikan keutamaan pada perlawanan akan datang kerana saya selalu tekankan kepada pemain melalui perbincangan antara mereka bahawa perlunya mereka melakukan penyudahan lebih tepat ke dalam gawang,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here