Home Luar Negara SEORANG MAUT, 3 CEDERA DITEMBAK TENTERA ISRAEL DI TEBING BARAT

SEORANG MAUT, 3 CEDERA DITEMBAK TENTERA ISRAEL DI TEBING BARAT

171
0

WILAYAH PALESTIN: Seorang lelaki Palestin maut dan tiga lagi cedera selepas ditembak tentera Israel di bandar Yerikho, Tebing Barat yang diduduki.

“Pemuda, Saeed Nael Saeed al-Sheikh, 24, syahid akibat tembakan penjajah di Yerikho dan tiga yang lain cedera,” menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kematian itu turut disahkan kepada AFP oleh Pengarah Hospital Yerikho, Riad Eid.

Memetik laporan AFP menersi Harian Mtero, Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, tenteranya bertindak sedemikian selepas mengenalpasti individu yang melempar batu ke arah mereka ketika sedang menjalankan operasi.

Keganasan di Tebing Barat meningkat sejak perang di Gaza tercetus pada Oktober 2023.

Sejak itu, lebih 1,000 rakyat Palestin dan 45 rakyat Israel terbunuh akibat serangan antara kedua pihak. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here