Home Hiburan ISTERI DEDAH JOHAN AZIZ MASIH SEMANGAT NAK TOLONG ORANG

ISTERI DEDAH JOHAN AZIZ MASIH SEMANGAT NAK TOLONG ORANG

11
0

KUALA LUMPUR: “Saya memang ada cakap dengan dia. Abang tak ‘give up’ kah? Maksudnya kalau tak tahan sakit, ‘pergilah’ dengan tenang, kami pun terima ketentuan takdir.

“Tapi dia jawab tak nak, sebab dia pun nak tolong orang lagi,” kata Nor Hayati Salim, 59, isteri kepada bekas pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, 61.

Memetik laporan Harian Metro, Nor Hayati berkata, apa yang berlaku adalah satu keajaiban dan dia menyifatkan suaminya seperti mati hidup semula sekali gus membuktikan kekuasaan Allah.

“Paras oksigen suami dah ‘drop’ habis. Begitu juga tekanan darah pun jatuh. Kita jerit pun dia tak dengar, tepuk-tepuk pun semua, dia tak menyapa lalu terus dimasukkan ke ICU.

“Dia dipantau selama 24 jam. Kami pun tak dibenarkan balik dan suruh tunggu kat depan. Daripada jam 12 tengah malam sampai 8 pagi baru kami boleh balik.

“Masa itu tunggu doktor ‘update’ beritahu betul-betul sebab keadaan dia belum stabil. Doktor pun dah kata 50-50, lepas itu pukul 4 petang doktor call beritahu dia dah okay, dah freshlah,” katanya.

Nor Hayati berkata, doktor membuat kesimpulan itu memandangkan suaminya sudah tidak boleh membuang air kecil.

“Badannya dah bengkak. Sebelum dia koma, doktor kata badannya perlahan macam dah rosak. Dia minta kami buat persediaan. Panggil adik-beradik, beritahu anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Johan yang masih lemah berkata, dia sebenarnya tidak menyedari apa yang berlaku terhadap dirinya.

“Tak sedar. Tahu-tahu saya sedar dah kat bilik ICU. Tangan saya semua kena ikat. Mereka kata saya meracau dan meronta-ronta,

“Saya hanya sedar dalam pukul 6 petang hari kedua itu. Saya tak tahu punca dia, ada kemungkinan saya macam overdose ubat. Saya tak boleh nak ‘carry’ ubat itu kan. Itu yang terus tumbang.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang datang ziarah saya, yang mendoakan saya. Ada yang sanggup datang dari jauh tunggu saya,” katanya terharu.

Pada 25 Januari lalu, Johan yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini, akibat kanser pada tulang belakang, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan keadaannya kritikal.

Bagaimanapun, selepas dua hari ditempatkan di ICU, keadaannya kembali stabil dan dibenarkan pulang ke rumah pada 27 Januari.

Johan menerima rawatan di hospital terbabit sejak pertengahan Disember lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here