Home Sukan KATA-KATA MOTIVASI DI BILIK PERSALINAN UBAH KARAKTER JDT

KATA-KATA MOTIVASI DI BILIK PERSALINAN UBAH KARAKTER JDT

171
0

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mendedahkan betapa kata-kata motivasi diberikan dalam bilik persalinan pada waktu rehat babak pertama ternyata mengubah corak permainan ketika menang 2-1 mengatasi Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Malah ia bukan sahaja kemenangan ke-15 berturut-turut skuad Harimau Selatan, sebaliknya mengekalkan penguasaan luar biasa selepas mengharungi 99 perlawanan tanpa tewas dalam saingan liga sejak April 2021 walaupun bersilih ganti menukar ketua jurulatih.

Memetik laporan Berita Harian, Munoz berkata, ketika di bilik persalinan beliau mengarahkan setiap pemain terus mempertingkatkan intensiti permainan supaya terus mengekalkan corak permainan dan karakter yang sama walaupun berdepan beberapa detik sukar tatkala ketinggalan 0-1.

Beiiau juga menyifatkan kemasukan Manuel Hidalgo dan Yago Cesar pada awal babak kedua memberi tonik buat pasukan untuk mempamer kebangkitan malah kehilangan Natxo Insa yang dilayang kad merah pada minit ke-55 tidak merencat perancangan Harimau Selatan memberi tekanan dan ancaman kepada benteng skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

Tambahnya, Hidalgo yang menjadi wira dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC, minggu lalu sekali lagi menyinar selepas gerakan lincahnya di membuka ruang kepada dua gol yang dihasilkan Nacho Mendez dan Bergson Da Silva.

“Biarpun ketinggalan satu gol di laman sendiri pada babak pertama, pemain memberi bertindak balas dengan positif apabila beraksi lebih baik pada babak kedua.

“Ketika di bilik persalinan, saya katakan kepada pemain supaya mempertingkatkan serangan selain lebih bijak membuat keputusan dan dalam masa sama mempamer corak permainan berkualiti tatkala seiap pemain harus menggandakan prestasi selepas kami bermain dengan 10 pemain.

“Walaupun pemain tampak bergelut, tetapi mereka berjaya mengatasi situasi sukar itu dengan positif, lebih penting mereka dapat kawal emosi sepanjang perlawanan tersebut dan mampu mengatasi tekanan tanpa membuat kesilapan yang boleh menyebabkan impian memburu kemenangan tidak tercapai,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, Scott Woods meletakkan The Cats di hadapan pada minit ke-40, sebelum Nacho dan Bergson masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-58 dan minit ke-64. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here