Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Pelakon Emma Maembong berpandangan bahawa faktor rupa bukan keutamaan dalam pemilihan pelakon lelaki, sebaliknya bakat lakonan adalah perkara paling penting.
Menurutnya, seseorang pelakon tidak mempunyai masalah walaupun tidak berwajah kacak, asalkan mampu membawa watak dengan baik.
“Bagi saya bakat berlakon tidak kisah soal rupa, jadi kalau dia boleh sampaikan watak itu dengan bagus dan berbakat, jadi okay saja. Tidak perlu rupa pun sebenarnya,”katanya ketika ditemui pada Program Sepetang Bersama Legasi Ismail Embong di Balai Seni Lukis, di sini, semalam.
Emma berkata penampilan fizikal semata-mata tidak menjamin kejayaan seseorang pelakon jika tidak disertai dengan bakat dan kemampuan lakonan yang baik.

“Rupa itu bagi saya nombor dua yang penting bakat, kalau kacak tetapi tiada bakat berlakon pon kayu, tidak boleh buat apa juga kan? Jadi okay saja asalkan berbakat.
“Ia ibarat melukislah, bila orang ada bakat bolehlah melukis, tidak kisah rupa dia macam mana, kalau ada bakat kita gunakanlah bakat yang kita ada,”katanya.
“Itu bergantung kepada rezeki masing-masing sama ada dia ada rupa atau tidak, kadang-kadang memang dia ada rupa tetapi tiada bakat, itu adalah rezeki dia jadi artis,”katanya.
Dalam pada itu Emma berkata dia kini masih dalam penggambaran drama untuk stesen televisyen swasta iaitu “Kerana Cinta Itu Dusta dan akan ditayangkan pada bulan Ramadhan ini.
Emma yang juga anak kepada Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong, turut mempunyai bakat melukis sejak berusia enam tahun dan menghasilkan banyak karya lukisan.
IMedikel TV






