Home Buletin Semasa TIGA MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI GUA MUSANG

TIGA MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI GUA MUSANG

162
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari daripada Bilik Gerakan Polis.

“Susulan itu, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.43 petang, selepas menempuh jarak kira-kira 55 kilometer.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi, komander operasi menjalankan penilaian awal dan mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan dengan enam mangsa terlibat, termasuk tiga mangsa tersepit.

“Daripada jumlah tersebut, tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa mengalami kecederaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat membabitkan seramai 11 anggota dengan bantuan tiga jentera ke lokasi iaitu sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan van Urvan, dengan kerjasama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here