Home Hiburan DIDAKWA RAI KRISMAS, INI JAWAPAN PEKIN

DIDAKWA RAI KRISMAS, INI JAWAPAN PEKIN

279
0

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen menafikan dakwaan mereka meraikan sambutan Hari Krismas seperti video yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, Pekin berkata, dia dan isterinya hadir di majlis itu kerana meraikan majlis sambutan hari jadi teman rapat dan keluarga terdekat.

“Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam.

“Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam.

“Kita juga hanya main permainan ‘musical chair’ dan bukannya bertukar hadiah?” katanya kepada Harian Metro.

Kata Pekin lagi, dia dan isterinya hanya memakai baju tidur kerana majlis hari jadi itu diadakan di kediaman keluarga.

“Majlis itu hanya untuk keluarga terdekat dan kawan rapat saja sebab itu kami hanya pakai baju tidur saja.

“Sebab itu kami tidak ‘post’ atau buat ‘live’ majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat ‘live’ di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja,” katanya.

Pada masa sama, Pekin turut kesal dengan penyebaran gambar isterinya tidak berhijab di media sosial itu.

“Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?

“Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat ‘live’ ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung.

“Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan pasangan selebriti, Mona Allen dan Pekin Ibrahim yang didakwa meraikan sambutan Hari Krismas.

Dalam video yang dirakam dari siaran langsung akaun TikTok Reenazach itu, kelihatan pasangan selebriti terbabit didakwa meraikan sambutan perayaan itu di sebuah majlis makan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here