Home Buletin Semasa WARGA EMAS DIDAKWA BUNUH ISTERI

WARGA EMAS DIDAKWA BUNUH ISTERI

249
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seorang warga emas dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh, pada 1 Disember lalu.

Ibrahim Sulaiman, 63, mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh isterinya, Mastura Abdullah, 40, di sebuah rumah di Kampung Paku Gual Ipoh, antara jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari, 1 Disember lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dihukum mati, penjara maksimum 40 tahun dan sehingga 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya pada jam 10 pagi dengan senjata tajam di rumah mereka.

Suspek sempat mengambil anaknya di sekolah sebelum menyerah diri di balai polis.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada cemburu dan menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here