Home Buletin Semasa SYARIKAT PELANCONGAN DIDENDA RM50,000 GAGAL GUNA KHIDMAT PEMANDU PELANCONG BERLESEN 

SYARIKAT PELANCONGAN DIDENDA RM50,000 GAGAL GUNA KHIDMAT PEMANDU PELANCONG BERLESEN 

228
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SELAYANG: Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman terhadap sebuah syarikat pelancongan pada 1 Disember lalu selepas syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan gagal menggunakan khidmta pemandu pelancong berlesen ketik mengendalikan aktviiti pelancongan dalam negeri.

Majistret Tuan Chai Guan Hock telah mensabitkan syarikat tersebut (dirujuk sebagai Orang Kena Saman “OKS”) atas kesalahan di bawah Peraturan 6(1)(i)(iii) dibaca bersama Peraturan 6(2) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992 [P.U.(A) 333/1992]. 

Bagi kesalahan tersebut, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000.00) terhadap OKS.

Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, syarikat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun. 

Dalam kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semalam menegaskan bahawa kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah kesalahan jenayah yang serius.

MOTAC akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kegagalan menggunakan khidmat pemandu pelancong berlesen yang boleh menjejaskan imej dan keselamatan industri pelancongan negara. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here