Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Paras air di beberapa sungai utama di Kelantan dilaporkan melepasi tahap bahaya, amaran dan waspada setakat jam 3.00 petang hari ini, menurut laman sesawang Public Info Banjir.
Di Sungai Kelantan di Kusial (F1), paras air direkodkan pada 8.70 meter, melepasi tahap bahaya, namun trend tiada perubahan.
Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang (F1) turut mencatatkan peningkatan apabila paras air berada pada 8.75 meter melebihi tahap waspasda 8.00 meter sebanyak 0.75 meter. Trend menunjukkan tiada perubahan.
Manakala di Tok Bali (F2) menunjukkan paras air 1.36 meter, iaitu 0.36 meter melepasi tahap waspada (1.00m) dengan trend menaik. Tiada data hujan direkodkan di stesen tersebut.
Bagi Kampung Pulau Lima (F2), paras air berada pada 1.38 meter, melebihi tahap waspada sebanyak 0.38 meter. Bagaimanapun, trend bacaan menunjukkan menurun, dengan hujan 0.0mm.
Sementara itu, Sungai Galas di Limau Kasturi (F2) mencatatkan paras 56.08 meter, iaitu 0.08 meter melepasi tahap waspada (56.00m). Trend di lokasi ini juga menunjukkan penurunan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap bahaya sehingga esok membabitkan lima daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok serta Pasir Puteh dan Besut, Terengganu.
Manakala amaran hujan berterusan tahap buruk hingga esok di daerah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
Daerah Gua Musang pula amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok.
IMedikel TV






