Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR MENINGKAT 18,645 DI 10 NEGERI, KELANTAN PALING TERJEJAS

MANGSA BANJIR MENINGKAT 18,645 DI 10 NEGERI, KELANTAN PALING TERJEJAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat 18,645 orang di 10 negeri setakat jam 10.00 pagi ini.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 9,897 orang dan ditempatkan di 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Empat daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Manakala Selangor menjadi negeri kedua terjejas banjir dengan jumlah mangsa 2,719 daripada 748 keluarga dan ditempatkan di 19 PPS.

Perak pula merekodkan 2,714 mangsa daripada 860 keluarga dan dipindahkan di 29 PPS, seterusnya Kedah merekodkan 1,641 daripada 567 mangsa dipindahkan di 15 PPS.

Perlis mencatat jumlah mangsa 1,250 daripada 415 keluarga dan ditempatkan di 13 PPS, manakala Pulau Pinang pula mencatat 298 mangsa banjir daripada 82 keluarga kini berlindung di dua PPS.

Sementara itu, Terengganu mencatat 69 mangsa daripada 25 keluarga yang kini berada di satu PPS diikuti Sarawak dengan 32 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dan ditempatkan di satu PPS di Miri.

Manakala Pahang merekodkan 23 mangsa daripada 11 keluarga kini ditempatkan di satu PPS di Balairaya Kampung Ulu Sungai Raub, Kuala Lumpur pula merekodkan dua mangsa daripada dua keluarga dan ditempatkan di satu PPS di Pusat Komuniti Seri Petaling, Brickfields.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here