Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR MENINGKAT 10,465 DI LAPAN NEGERI

MANGSA BANJIR MENINGKAT 10,465 DI LAPAN NEGERI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat 10,465 orang di lapan negeri setakat jam 9.00 pagi ini.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 8,248 orang dan ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).

Empat daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dengan jumlah mangsa banjir seramai 8,248 orang daripada 3,022 keluarga.

Manakala Perak menjadi negeri kedua terjejas banjir dengan jumlah mangsa 946 daripada 307 keluarga dan ditempatkan di 16 PPS.

Kedah pula merekodkan 342 mangsa daripada 115 keluarga dan dipindahkan di tiga PPS, seterusnya Perlis merekodkan 310 mangsa dipindahkan di enam PPS.

Terengganu mencatat jumlah mangsa 282 daripada 91 keluarga dan ditempatkan di satu PPS, manakala Pulau Pinang pula mencatat 242 mangsa banjir daripada 57 keluarga kini berlindung di empat PPS.

Sementara itu, Selangor mencatat 51 mangsa daripada 14 keluarga yang kini berada di dua PPS dan diikuti Sarawak dengan 44 mangsa banjir dan ditempatkan di satu PPS di Miri.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here