Home Sukan AARON-WOO YIK TERHENTI DI SUKU AKHIR

AARON-WOO YIK TERHENTI DI SUKU AKHIR

107
0

KUALA LUMPUR: Langkah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Masters Malaysia 2023 terhenti di suku akhir apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Keputusan itu menyaksikan impian untuk melihat pertembungan sesama sendiri beregu lelaki negara di separuh akhir esok tidak kesampaian.

Jika Aaron-Wooi Yik berjaya mara, mereka akan bertemu satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mana akan mengesahkan satu slot buat wakil negara di final Ahad ini.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik yang juga pasangan nombor dua dunia tewas straight set 18-21, 19-21 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun mara ke separuh akhir selepas menumbangkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kemenangan straight-set 23-21, 21-17.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here