Home Politik PRN SABAH: GRS UMUM SENARAI CALON 12 NOVEMBER

PRN SABAH: GRS UMUM SENARAI CALON 12 NOVEMBER

406
0

MENUMBOK: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengumumkan senarai penuh calon parti itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 12 November ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya sudah tetapkan pada 12 November ini untuk umum calon-calon kita,” katanya selepas melancarkan Buku Pelan Strategi Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok di Tapak Tamu Pekan Menumbok, di sini, hari ini.

PRN Sabah ditetapkan pada 29 November manakala penamaan calon 15 November ini. Pengundian awal pula diadakan pada 25 November.

GRS ketika ini dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat (Gagasan), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Harapan Rayat Sabah (PHRS). Pada pilihan raya negeri kali ini, ia membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan UPKO.

DAP sebelum ini dilapor akan mengumumkan senarai calonnya pada Sabtu ini manakala PKR sehari selepas itu. UPKO dan AMANAH belum menetapkan tarikh lagi.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri menafikan dakwaan pihaknya akan `meminjam calon daripada parti lain’ untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Mana ada pinjam-pinjam dalam politik. Kita akan letakkan calon yang boleh menang.

“Kita yakin kita boleh menang dalam PRN yang akan datang,” katanya.

Hajiji turut mengesahkan Datuk Limus Jurry dipilih semula sebagai calon GRS bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu.

“Tadi saya sudah beri petunjuk (dalam ucapan perasmian). ‘Confirm’ (sah),” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here