Home Buletin Semasa MARDI SARANKAN OPERATOR DRON PERTANIAN PEROLEH LESEN SAH CAAM

MARDI SARANKAN OPERATOR DRON PERTANIAN PEROLEH LESEN SAH CAAM

324
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyarankan semua operator dron pertanian memperoleh lesen kendalian sah daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pengarah Penyelidikan Kejuruteraan MARDI, Dr Ahmad Safuan Bujang berkata,ia bagi memastikan keselamatan dan kecekapan operasi di lapangan.

”Penggunaan dron ini membabitkan pelaburan tinggi serta memerlukan kemahiran teknikal.

”Jadi, kita mahu pastikan operator memahami peraturan dan tatacara penggunaan yang selamat sebelum mereka beroperasi,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Perasmian Jelajah Dron Pertanian 2025 Zon Timur di sini, hari ini.

Terdahulu perasmian tersebut disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Samad.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mnenyambut baik usaha pembangunan modul pensijilan baharau iaitu Remote Certificate of Competency – Agriculture  Light (RCOC-AL) yang akan memberi pengiktirafan sah kepada para operator dron.

Katanya pensijilan itu penting untuk memastikan setiap pengendali memahami aspek keselamatan, peraturan dan etika penggunaan dron dalam bidang pertanian.

”Melalui inisiatif ini, seramai 350 peserta menerima peruntukan untuk mendapatkan sijil secara percuma iaitu satu langkah proaktif yang mampu memperkasa modal insan teknologi dalam sektor agromakanan,”katanya

Katanya, trend penggunaan dron dalam sektor pertanian kini semakin meningkat terutama bagi kerja-kerja seperti penyemburan racun, pembajaan dan pemantauan tanaman, namun aspek keselamatan operasi perlu diberi keutamaan.

Sementara itu Khalid berkata program itu bertujuan untuk mempopularkan penggunaan dron dalam industri pertanian dengan pendekatan yang lebih tersusun dan terkawal.

Katanya semua operator dron perlu memahami peraturan penerbangan yang ditetapkan.

“Program ini diadakan bagi memastikan semua operator dron memperoleh lesen supaya mereka menggunakan dron dengan penuh pengetahuan berkaitan keselamatan, undang-undang, peraturan serta aspek penggunaan racun atau bahan semburan.

“Dron ialah alat penerbangan, jadi mesti ada peraturan dan kawalan tertentu. Operator perlu tahu ketinggian yang dibenarkan, kawasan larangan serta garis panduan operasi agar teknologi baharu ini dilaksanakan dengan cara yang lebih selamat dan teratur,”jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here