Home Buletin Semasa IMPIAN IBU TUNGGAL MILIKI RUMAH TERCAPAI

IMPIAN IBU TUNGGAL MILIKI RUMAH TERCAPAI

163
0

KOTA BHARU: Impian seorang ibu tunggal untuk memiliki rumah yang lebih selamat dan selesa, tercapai. Cik Esah Yusoff, 49, gembira dan bersyukur akhirnya mereka sekeluarga dapat tinggal di rumah yang jauh lebih selesa atas bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat yang membantu mencari dana.

Menurut cik Esah dia bersama empat anaknya yang berusia antara 10 hingga 23 tahun tinggal di rumah pusaka milik keluarganya yang terlalu usang dengan lantai dan dinding papan kayu sudah reput, bumbung rumah bocor, selain tidak mempunyai kemudahan tandas dan dapur yang selesa.

Menurutnya apabila hujan lebat, dia dan anak-anak akan berpindah ke kawasan yang tidak bocor dan memeluk mereka apabila angin kencang serta ribut kerana masing-masing berada dalam ketakutan apatah lagi keadaan rumah yang sangat uzur.

“Alhamdulillah, kini tidur malam kami anak beranak lebih lena apabila hujan lebat serta ribut dan pada masa sama tidak ada lagi rasa takut rumah dimasuki binatang berbisa.

“Saya tidak menyangka akhirnya kami sekeluarga dapat tinggal di rumah yang jauh lebih selesa atas bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat yang membantu mencari dana.

“Hanya allah yang akan membalas pengorbanan mereka yang terbabit. Setiap titik peluh dan kudrat dicurahkan pasti mendapat pahala kerana membantu seorang ibu tunggal,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, kehidupan lima beranak dari kampung dusun durian, dabong tinggal di dalam rumah usang serba daif untuk berteduh.

Sementara itu, air tandak dari bukit menjadi sumber utama untuk kegunaan harian termasuk mandi, minum, memasak dan mencuci pakaian.

Cik esah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk membesarkan empat anaknya, selepas kehilangan suami, zainudin seman, pada oktober tahun lalu akibat covid-19,

Dia tidak mampu membina rumah baharu disebabkan upah menoreh getah tidak menentu dan hanya cukup untuk menampung keperluan makan minum lima beranak.

Sumber HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here