Home Luar Negara RUNTUHAN SALJI: 5 PENDAKI JERMAN MAUT

RUNTUHAN SALJI: 5 PENDAKI JERMAN MAUT

173
0

ROM: Lima pendaki Jerman termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kejadian runtuhan salji di Pergunungan Dolomite di Itali pada petang Sabtu lalu, menurut perkhidmatan penyelamat gunung.

Memetik laporan AFP menerusi harian Metro, dua kumpulan pendaki dilaporkan terperangkap ketika runtuhan salji di sebuah gunung berhampiran sempadan Switzerland di wilayah timur laut, Tyrol Selatan.

“Kumpulan pertama terdiri daripada tiga orang tertimbus sepenuhnya” di bawah salji dan ketiga-tiga pendaki itu meninggal dunia, kata perkhidmatan penyelamat Alp Itali dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dua pendaki dari pasukan kedua yang terdiri daripada empat orang, terselamat selepas sempat mencari tempat perlindungan.

Mayat dua lagi pendaki iaitu seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun ditemukan pada pagi Ahad.

Operasi pencarian ditangguhkan berikutan cuaca buruk.

Menurut perkhidmatan keselamatan, kedua-dua mangsa “diseret ke bahagian bawah laluan tempat runtuhan salji berlaku,”. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here