Home Luar Negara ORANG MUDA DI MALDIVES DILARANG BELI TEMBAKAU

ORANG MUDA DI MALDIVES DILARANG BELI TEMBAKAU

198
0

ISTANBUL: Maldives melaksanakan larangan tembakau untuk generasi muda, menandakan detik bersejarah dalam usaha negara itu melindungi kesihatan awam dan memupuk masyarakat bebas tembakau, lapor Anadolu Ajansi hari ini, yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Maldives.

“Larangan tembakau ini mencerminkan komitmen kukuh kerajaan untuk melindungi golongan muda daripada bahaya tembakau dan selaras dengan obligasi Maldives di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia Mengenai Kawalan Tembakau,” menurut kenyataan itu.

Memerik laporan Anadolu menerusi Harian Metro, undang-undang yang disahkan oleh Presiden Maldives Mohamed Muizzu pada Mei lalu menjadikan negara itu yang pertama melaksanakan larangan tembakau secara menyeluruh terhadap generasi muda di seluruh negara.

Individu yang lahir pada atau selepas 1 Jan 2007 dilarang membeli, menggunakan atau menjual produk tembakau di Maldives. Larangan itu merangkumi semua jenis tembakau, dan penjual diwajibkan mengesahkan umur pembeli sebelum membuat jualan.

Maldives turut menguatkuasakan larangan ketat terhadap import, penjualan, pengedaran, pemilikan dan penggunaan rokok elektronik serta produk vape yang terpakai kepada semua individu tanpa mengira umur. – BERNAMA-ANADOLU, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here