Home Luar Negara 2 DITAHAN KERANA TIKAM BEBERAPA MANGSA DALAM KERETA API DI UK

2 DITAHAN KERANA TIKAM BEBERAPA MANGSA DALAM KERETA API DI UK

199
0

LONDON: Dua lelaki ditahan polis, manakala beberapa individu dikejarkan ke hospital selepas kes tikaman secara rambang berlaku di dalam sebuah kereta api di Cambride, England hari ini.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menyifatkan tragedi itu sebagai perbuatan jenayah paling mengerikan.

Polis dan perkhidmatan ambulans Britain memaklumkan bahawa beberapa mangsa ditikam dalam serangan berkenaan di dalam kereta api yang berhenti di Huntingdon.

Polis Cambridgeshire, berkata mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.39 malam waktu tempatan selepas beberapa orang melaporkan kes tikaman membabitkan ramai mangsa di dalam kereta api.

“Pegawai bersenjata dikerahkan ke lokasi dan kereta api itu dihentikan di Huntingdon. Beberapa individu sudah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sementara itu, Perkhidmatan Ambulans Timur England memaklumkan bahawa mereka melancarkan tindakan kecemasan berskala besar di Stesen Kereta Api Huntingdon, termasuk menghantar beberapa ambulans dan pasukan rawatan kritikal, selain tiga helikopter ambulans.

“Kami mengesahkan bahawa beberapa pesakit sudah dihantar ke hospital,” katanya.

Seorang saksi memberitahu Sky News bahawa salah seorang suspek yang melibas pisau besar sudah ditembak dengan pistol renjat (taser) oleh polis.

Starmer menerusi hantaran di platform X menyifatkan kejadian itu sebagai amat membimbangkan.

“Fikiran dan doa saya bersama semua mangsa yang terjejas dan saya merakamkan penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here