Home Hiburan PELAKON VETERAN HK, BENZ HUI MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER

PELAKON VETERAN HK, BENZ HUI MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER

HONG KONG: Pelakon veteran Hong Kong (HK), Benz Hui meninggal dunia pada usia 76 tahun, jam 2.30 pagi tadi, lapor MustShareNews.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Hui yang juga pemastautin tetap (PR) Singapura dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, semalam.

Menurut laporan Singtao Headline, punca kematiannya berpunca kegagalan pelbagai organ akibat penyakit kanser.

Ahli keluarga dan rakan-rakannya berada di sisi Benz Hui pada saat-saat akhir hayatnya.

Keluarganya sedang menguruskan upacara pengebumian pelakon veteran yang membintangi 172 filem sepanjang 51 tahun bergelar anak seni.

Bekas Ahli Parlimen (MP) Nee Soon GRC Lee Bee Wah, turut menzahirkan ucapan takziah di Facebook.

“Sangat sedih kehilangan seorang insan hebat. Salam takziah buat keluarga,” tulisnya.

Lee turut memuat naik gambar bersama Hui, isterinya Angeli Lung dan anak perempuan mereka, Charmaine Hui.

Hui dan keluarganya memiliki rumah di Yishun, Singpura dan Lee sebelum ini pernah mengumumkan status PR pelakon itu menerusi hantaran Facebook. tujuh tahun lalu.

Mendiang sebelum ini muncul dalam video YouTube yang disiarkan pada 19 Oktober lalu memaparkan dirinya bermain Mario Party dan Mario Kart bersama anak perempuannya.

Ruangan komen video berkenaan kini dipenuhi dengan ucapan selamat jalan dan doa daripada peminatnya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here