Home Buletin Semasa 4 CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI BACHOK

4 CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI BACHOK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Enam individu terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Cabang Empat, Kampung Teluk, di sini pagi tadi, dengan empat daripadanya cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Nor Azini Che Will, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.25 pagi melalui sistem MERS999.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan jenis Perodua Aruz, Perodua Myvi dan Perodua Kelisa.

“Seramai enam mangsa terlibat dengan empat cedera ringan dan tiada mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan dikendalikan lapan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Bachok.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here