Home Luar Negara POLIS BURU SEKUMPULAN LELAKI SERANG DUA REMAJA DENGAN PARANG DI LUAR LUNA...

POLIS BURU SEKUMPULAN LELAKI SERANG DUA REMAJA DENGAN PARANG DI LUAR LUNA PARK MELBOURNE

MELBOURNE: Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang menyerang dua remaja menggunakan parang berhampiran taman tema Luna Park di Melbourne.

Menurut polis, dalam kejadian di Jalan Cavell, St Kilda kira-kira jam 6.40 petang semalam, apabila dua remaja cedera diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, mangsa dipercayai diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki yang membawa senjata tajam, menyebabkan kecederaan di bahagian lengan dan badan.

Menurut portal news.com.au, kedua-dua mangsa dirawat di lokasi kejadian dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Penyerang kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan Land Rover berwarna kelabu.

“Kenderaan itu turut terbabit dalam pelanggaran kecil dengan sebuah kereta lain di persimpangan antara The Esplanade dan Jalan Cavell sebelum melarikan diri menuju ke arah pusat bandar Melbourne,” menurut kenyataan polis.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kenderaan jenis Land Rover itu masih belum ditemui.

Rakaman CCTV serta saksi awam sedang dikumpul bagi membantu siasatan.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan, khususnya pengunjung taman tema yang lazimnya dipenuhi keluarga dan pelancong.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan awam. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here