Home Buletin Semasa EMPAT SEKOLAH TERJEJAS RIBUT SEGERA DIBAIK PULIH – KPM

EMPAT SEKOLAH TERJEJAS RIBUT SEGERA DIBAIK PULIH – KPM

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan kerja baik pulih segera dijalankan selepas empat sekolah di Teluk Panglima Garang terjejas akibat ribut petang semalam.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, empat buah sekolah itu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

“Kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang dijalankan di sekolah berkenaan.

“Pada masa sama, semua pelajar akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam tempoh terdekat bagi memastikan keselamatan seluruh warga sekolah,” jelas kenyataan itu, hari ini.

KPM juga menyeru Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah di seluruh negara supaya meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cuaca tidak menentu bagi memastikan keselamatan terus terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here